Minggu, 08 Mei 2011

penting loo photoshop

8 ILMU PENTING ASAS PHOTOSHOP

Adobe Photoshop. Siapa tidak kenal dengan perisian hebat khusus untuk image editing secara meluas dan terperinci. Adobe Photoshop versi terbaru yang baru sahaja dikomersialkan awal bulan April tahun 2010 adalah Adobe Photoshop CS5 yang juga didatangkan sekali dengan Adobe Creative Suite 5.
Kebanyakan jurugambar atau pembangun laman web (web developer) hari ini menggunakan perisian atau software Photoshop bukan sahaja mencipta bahkan mengolah gambar-gambar yang diambil supaya tampak menarik dengan efek-efek serta adjustment tertentu. Photoshop juga terkenal dengan mesra pengguna dan mampu melakukan pelbagai kehendak pengguna. Banyak info berkenaan Adobe ni anda boleh cari di internet.
Adobe Photoshop 5 Pagi tadi, bila ada kawan lama yang call, kami berbual panjang tentang dunia media sekarang ni. Borak punya borak, akhirnya dia sentuh hal Adobe Photoshop ni, dia kata

Nak kena beli lens bagus sikit ni, kalau guna kit lens gambar macam tak sharp. Bila tak sharp kena edit lebih sikit dalam Photoshop. Aku pulak dah la tak pandai Photoshop..

Kami ketawa je la sama-sama.. (Haha smile_teeth)
Jadi, entri kali ni Fotogu.Com rasa terpanggil untuk berkongsi mengenai Ilmu asas yang perlu diketahui oleh pengguna (terutama kawan kami tadi :P ) untuk menggunakan Adobe Photoshop. Ada 8 bahagian atau 8 elemen utama dalam photoshop yang perlu diketahui umum untuk menggunakan Adobe Photoshop secara optimize.
1: Introduksi: Ruang kerja (work area).
2: Bermain dengan perkakas (tools) dan imej (images).
3: Warna (colour)
4: Pemilihan (selections) dan fungsi Quick Mask.
5: Lapisan (layers)  dan pengolahan asas (basic retouching).
6: Perkakas mewarna (painting tools) dan pembetulan asas warna (basic colour correction).
7: Bermain dengan perkataan atau mukataip (text) dan penuras (filters)
8: Aksi (actions) dan bentuk (shapes).
Haa..agak-agak faham tak apa benda la kat atas ni? tak pe.. insyaAllah kita akan cover dan belajar semua topik-topik di atas sepanjang hari/bulan/tahun, selagi mana www.fotogu.com masih aktif.. hehe smile_nerd Crew Fotogu.Com berbesar hati dapat berkongsi ilmu dan mengharapkan penglibatan secara menyeluruh dari pembaca-pembaca. Kalau rasa ada ilmu-ilmu yang dikongsi, Fotogu.Com pun tak de masalah untuk menerima perkongsian dari sesiapa sahaja.. Usahlah kita menjadi orang yang pentingkan diri, betul tak? tak kemana pun nanti.
So, perkara pertama yang perlu anda buat ialah install Adobe Photoshop ke dalam komputer anda (p/s: guna yang ori naa..kami xtanggung :P )
Mudah-mudahan setiap perkongsian kat sini dikira sebagai amal ikhlas kita semua.

0 komentar:

Posting Komentar